then jika korang dah ada akaun bonuslink bolehlah terus log in pada lago org diatas belah kanan tu seperti yang aku bulatkan warna merah tu
.
bila korang dah ada di dashboard utama. bolehlah klik pada "Bonuslink e-pay Store" seperti gambar diatas ni.
dan klik je "PAY NOW"
Kat situ ada banyak option yang boleh korang gunakan. tapi aku memilih "Bill Payment Collection"
dan aku pilih umobile. sebab bil aku dengan umobile tak mungkin aku akan bayar ke astro ke maxis kan? hehe
dan masukkan jumlah yang perlu dibayar. mcm aku ada lebihan bulan lepas so aku just masukkan rm50 jelah. dan tekan butang "PAY NOW"
di situ dia suruh plak isi detail akaun no kita. setelah korang masukkan klik pada "NEXT"
klik je "PROCEED"
Korang akan dibawa pula kepada cara pembayaran bank online korang. itu terpulanglah pada korang untuk memilih salah satu bank mana yang korang ada duit. macam aku memilih Maybank je.
macam biasalah korang akan di bawa terus bank online pilih tadi.
apa yang perlu korang buat masukkan
- username
- password
Dan step ke 2 bermula dengan meminta "TAC NO" korang pilih je "REQUEST FOR TAC" tu dan korang akan menerima TAC pada sms hp korang. dan tekan "COMFIRM"
ini adalah rupa sms yang korang bakal terima.
disini korang jangan pulak cemas. Ia menunjukkan step ke 3 bagi pengesahan korang. jika korang rasa betul apa yang korang isikan dan jumlah yang bakal dipotong dari akaun bank korang bolehlah tekan "COMFIRM" sekali lagi.
ok selesai sudah. mudah je kan.. aik kenapa nak nangis plak. oh lupa duit korang dah pun hilang kerana membayar bil korang kan. haha
dalam beberapa saat je korang akan menerima resit pembayaran korang melalui email satu dari e-pay dan satu dari bonuslink.
dan yang terakhir reward korang akan dikreditkan tapi aku tak pernah checklah beberapa hari dia akan masuk. tapi pastinya memang akan masuklah. contohnya macam gambar dibawah ini. reward yang telah dikreditkan pada pembayaran bulan lepas.
yang sebelah kanan tau. bukan yang sebelah kiri. sekian sahaja tutorial bagaimana nak dapat reward dari bonuslink dengan membayar bil umobile.
semoga tips ini berguna kepada korang. jika korang ada sebarang tips yang lebih baik dari ini bolehlah kongikan dibahagian komen.
0 Comments