Sumber Gambar


Bahan Bahan Untuk Nasi

1. 1/2 sudu makan jintan manis
2.  1 sudu makan biji ketumbar
3. 1/2 sudu makan buah pelaga
4. 1/2 sudu makan bunga cengkih
5. 1/2 sudu makan jintan putih
6 . 1/2 sudu makan lada hitam
7. 1 biji bawang besar
8. 3 ulas bawang putih
9. 5 biji buah pelaga
10. 3 ulas bawang putih
11. 5 biji buah pelaga
12. pewarna kuning & oren (kalau tiada boleh juga digantikan dengan serbuk kunyit)
14. kulit kayu manis
15. bunga lawang
16. 2 sudu besar minyak sapi
17. 2 1/2 cawan beras basmathi (jenama apa pun boleh je)
18. 4 cawan air rebusan ayam (boleh juga guna kiub pati ayam)
19. 1/2 sudu besar garam


Cara-caranya:

-goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian blend kering -sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
- panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga & bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/blend pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di blend tadi.gaul sebati..kemudian masukkan beras.

-masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
-titik2kan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun & tabur atas nasi yg dah siap hidang

Resepi ayam(kambing pun bole cuma masa perap tu kena lama sikit lebih kurang 3-4 jam lagi lama lagi sedap)

bahan untuk diperap (blend semua bahan)

*3 inci halia
*2-3 biji kunyit hidup 
*1 sudu makan jintan manis
*1 sudu makan jintan putih
*2 sudu makan biji ketumbar
*1 sudu makan buah pelaga
*1 sudu besar garam
*2 sudu besar gula
*1 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dibelah 2  ( kelar2 sikit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)

Cara masak ayam:
* blend semua bahan perap.gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam dan disimpan dalam peti ais.
* masukkan ayam dalam pemanggang, klu sesapa yg ada Magic Pan pun bole guna jugak.
* panggang sampai masak
* masa hidang  potong  ayam tu kecik2

Air Asam :

* 3 biji cili merah
* 5 biji cili padi
* 1 biji buah tomato
* 1 biji bawang besar
* sedikit belacan (secubit je)
* garam
* gula
* perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
* air masak (tapi aku gunakan air coway je)

caranya:
blend semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)

Resepi salad/acar :

* buah tomato
* timun
* lobak merah
* bawang
* Lada bengala
* cili hijau
* garam
* gula
* cuka (1 sudu kecil)
* perahan limau nipis
* 4-5 sudu besar air masak /air tapis

-potong dadu semua bahan bertanda( - )
-cili hijau tumbuk kasaq (nak hiris ja pun boleh)
-campur bahan dadu dan cili,tambah air,perasakan garam,gula,cuka dan perahan limau nipis/lemon

-nak lagi sedap blend sedikit buah tomato (sebiji lebih kurang) pastu gaul sekali dgan salad nih

Siap. sedia untuk dihidang.

Sumber Resepi. Ruang Santaiku