Aku nak kongsikan sedikit sebanyak pengalaman aku selama 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian dan tips berguna yang akan dikongsikan kepada korang yang dah memang ada pasang hajat untuk kesana satu hari nanti. Bolehlah korang baca dan ikuti perkembangan cerita aku disana dan membuat analisa bagaimana korang nak hadkan sesuatu budget bila korang nak ke sana nanti. Tak la akan kekok sangat bila dah sampai disana nantikan.
Sebagai pemula cerita percutian ini memang telah pun aku merancang secara rapi dari segi kos kerana apa kos kewangan adalah salah satu punca budget yang menentukan kita akan sampai ke sana ataupun tidak. tambah pulak sudah berkeluarga bertambahlah lagi kos.
Budget itu penting juga jika dikira dari segi kos perjalanan, penginapan dan santapan korang yang tak reti nak stop makan dari awal hingga akhir memang berdarah la kocek korang. haha tapi sebelum aku ke sana itu pun aku ada juga buat sedikit research untuk kesana macamana. biasalah first time kot?
Disebabkan perjalanan yang agak jauh mungkin memberikan satu impak utama pulak seperti letih, mengantuk, bebal,Tambah kalau anak anak dok buat bising sepanjang perjalanan nak dengan lagu modern talking sampai tak tau apa yang dinyanyinya. mau hilang feelingnya haha tetapi semuanya akan terawat apabila korang dah ada disini. Cukup berbaloi kot.
Ini adalah bukti tempahan aku 2 bulan sebelum ke Pulau Hentian.
Sebagi persiapan awal.Tempat untuk berehat adalah point utama bagi aku. Traveloka mencari pilihan hati diantara agent yang termurah pada sesi carian aku untuk menempah Chalet pada hari itu. aku membuat tempahan 2 bulan awal tau. takut last2 minit Chalet penuh ke apa jadi susah pulak. Kebanyakkan yang aku try semak harga dari Trivago dulu pastu baru aku perkecilkan dengan booking.com, agoda, Expedia, Traveloka. akhirnya harga paling murah ketika itu adalah Traveloka.
Ketika itu juga aku tak melepaskan untuk menggunakan apps Shopback bagi mendapatkan cash back 5% sambil berbelanja dapat pulangan balik, tak ke jimat dah situ. Itulah kelebihan ShopBack. aku bukan nak suruh korang join Shopback tau, sebaliknya berjimat je
Dapat Cash Back di Shop Back Cuba korang bayangkan RM61.30 + RM53.24 = RM114.54 dah berapa korang berjimat? korang boleh tengok plak harga Chalet untuk 2 malam dibawah. |
Harga Traveloka sebelum dapat Cash Back Ini adalah harga Chalet di THE BARAT HENTIAN termasuk dengan total caj kesemua RM760.00 |
Harga di Traveloka sebelum dapat Cash Back |
Dan ini pula harga Chalet di THE BARAT HENTIAN termasuk dengan total caj kesemua adalah RM660.00
DAFTAR PERCUMA SHOPBACK DISINI
DAFTAR PERCUMA SHOPBACK DISINI
Aku taklah rekemen korang menginap disini, cuma korang bleh membuat pilihan sendiri dimana korang lebih berminat untuk menginap. Aku cuma bandingkan berapa banyak yang aku telah berjimat jika aku tak gunakan apps ShopBack
Bagi aku yang tidak pernah ada akaun Traveloka bagi penggunaan pertama ada dapat kupon diskaun RM30 TAU!! dah jimat lagi
Jadi kos kesemua yang telah aku berjimat semasa membuat tempahan sahaja adalah seperti senarai dibawah
1. The Barat Hentian (seaview deluxe) RM760.00
2. The Barat Hentian (superior chalet) RM660.00
Jumlah keseluruhan RM1420.00
jumlah yang aku bayar
RM721.68 (seaview) - traveloka
+
RM595.99(superior) - traveloka
jumlah keseluruhan RM1317.67
dan aku telah berjimat RM102.33 + Cash back 5% dari SHOPBACK RM114.54 = RM216.87
Ok korang mungkin dah jelaskan cara aku berjimat semasa nak buat tempahan. jadi korang bolehlah buat keputusan mana yang lebih jimat. jika korang ada cara jimat lagi boleh share2 komen dibawah nanti ya.
Tukar topik kepada perjalanan pulak.
0 Comments