Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Tergerak hati untuk review salah satu kedai makan di Perda Bukit Mertajam, Dikatakan selalunya ramai dengan pengunjung. Hari ini aku datang lagi untuk merasa masakan untuk kali ke 2 di Restoren Bangkok Station bagi memastikan makanan yang dipesan dirasai sama.
Pastinya aku akan cuba untuk berlapar sehingga waktu malam bagi mendapatkan feel yang sebenar, cewah. padahal nak jimat duit. haha
Sesudah aku sampai disana macam biasalah aku akan memesan hidangan yang sama bagi nak memastikan hidangan itu rasanya kekal sama seperti kali pertama aku ke sana. tak adillah kalau kali pertama aku dah istiharkan sedap? kena datang kali ke 2 baru boleh disahkan sedap atau tidak.
makanan yang kerap aku pesan adalah hidangan selera keluarga iaitu
nasi putih (menu wajib)
ikan 5 rasa
sup ekor
udang goreng kunyit
telur bungkus
kailan ikan masin
udang goreng tepung
kerabu mangga
dan kesudahannya selepas aku makan. perut pun dan mula rasa kenyang yang teramat kenyang. keseluruhan makanan yang ada kekurangan pada hari ke 2 aku cuba makan adalah nasi lembik sikitlah. disitu aku dah spoil sikit laa. dan sup ekor pula terasa amat masin. dan keseluruhannya kekal sama. hidangan yang perlu korang cuba adalah udang goreng tepung. itu aku rasa power tak rugi kalau korang cuba rasa.
dari segi harga aku rasa masih kekal nak kata mahal tak juga nak kata murah pun tak juga. sedang sedang macam tu la.
jadi aku berikan 3 bintang pada Restoren Bangkok Station.
sebelum aku terlepas cerita. dari segi layanan pekerja yang melayan aku semua perfect. tiada yang curi curi tulang. tak lah aku bergurau je. sekian sahaja komen aku untuk JJCM untuk kali ini.
0 Comments