Assalammualikum dan salam sejahtera 

Entah kenapa aku boleh terlepas di Bachok, Kelantan ni tak tau. Oh lupa rupanya aku sampai disini atas jemputan sepupu aku kawin dengan orang kelantan. nasib dalam 4 saat otak aku mula berfungsi dengan baik. jika 15saat tak dapat jawapan kenapa aku boleh ada disini mungkin faktor usia aku dan menguasai otak aku. jadi kalau aku tipu korang pun. korang bukannya tahu. haha gurau je nah.

Okey.. kali ni aku dah ada di Bachok Kelantan aku ada juga pergi ke tempat2 yang menarik disana. rugilah kalau tak meronda dan tengok tengok budaya org disinikan? ini kali pertama aku sampai, entah bila lagi aku akan sampai sini aku tak tau lagi.


aku tengangga juga le bila sampai disini. sebab tiada saudara mara terdekat yang ada disini. nak roger kawan2 pahamlah waktu hari berkerja mesti mereka sibuk berkerja dan cukup habis masa berkerja nak berehatlah pulak. jadi keputusannya tak nak ganggu mereka. Dan untuk aku dapatkan maklumat lebih terperinci di Kelantan ni mulalah aku mengoogle lokasi yang sempoi2 untuk habiskan masa bujang aku disini.

banyak juga kawasan yang menarik disini rupanya. diantara tempat yang sempat aku kunjungi adalah pantai irama





aku dan rasa melalut jauh ni dari tajuk. jom berbalik semula ke topik JJCM. Seperti biasalah aku akan dapatkan maklumat yang mudah dan berdekatan dengan aku iaitu google laa peneman setia aku dimana jua.

Dalam carian aku, aku terperasan ramai blogger blogger menunjukkan tempat yang sedap2 dibachok ni.terutamanya paling tinggi carian aku adalah Fizow Kitchen.


buka je keluarlah fizow, aku research lagi keluar fizow lagi. aku cari lagi keluar fizow berulangkali. dan aku dah mula yakin pastinya tempat ini sedap. jadi aku pun baca komen2 diatas kedai makan tersebut.

diruangkan komen banyak jugalah yang komen yang berbaur negetif. tapi aku teruskan juga membaca bagi memastikan cerita itu adalah benar. diantara komen yang aku baca paling banyak adalah makanan sampai lambat dan servisnya kurang baik termasuk juga order lain dapat lain. jadi aku dah syak tempat ini mesti sedap. kerana org terlalu ramai dan mungkin perkara2 ini akan berlaku. itu jelah dalam fikiran aku. entah betul atau tak aku tak jaminlah. kecuali aku sampai disana nak lihat sendiri.



aku perhatikan deco deco yang terdapat disini keadaanya nice je.. ala ala santai gitu. biasalah kedai western memang design macamtu. dan datanglah seorg pelayan untuk mendapatkan pesanan dari aku.

bila perut terasa lapar keluarlah hasrat untuk makan banyak


menu 1 chicken chop

menu 2 nasi goreng chicken chop


aku tunggu taklah terlalu lama mungkin situasi ketika itu tak mencemaskan kot? (org tak berapa ramai)

lebih kurang dalam 15min camtu makanan aku dah pun sampai sekali dengan air teh o ais dan air mineral. tiba masanya untuk aku merasai makanan yang aku pesan tu sedap atau tidak.

sambil2 aku menjamah selera, mata aku tak henti2 tengok mek mek muda yang makan kat situ bagi mengisi ruangan mata aku nih haha.
comel comel juga mek mek disini.


dan akhir sekali dengan sekali lafas alhamdulilah perut aku dan terasa kenyang. maunya tak kenyang 2 hidangan aku sapu bersih. penilaian aku terhadap makanan tersebut boleh diletakkan biasa2 je. nak cakap sedap entah le. mungkin lidah dan rasa tak sama kot. org lain mungkin kata sedap tapi bagi aku pulak rasa biasa2 je. jadi aku berikan 3 bintang untuk hidangan yang aku minta.

apa yang aku nampak tepung chicken chop tu terlalu rapuh mungkin hasil pembuatannya tak sempurna dan rasa ayam pula tidak le terasa sgt perapan rempah tu cuma jika di campurkan dengan sos blackpaper dia barulah aurmmm.. kalau makan saja ayam tu rasanya biasa biasa je. itu jelah komen2 aku semasa di restoren fizow kithen ini. 

nasib hidangan aku tak tersilap. jika tersilap aku pun akan rasa komen yang aku baca itu adalah benar. tapi hakikatnya apa yang aku pesan itu yang sampai. servis pelayan aku nampak semuanya sempurna. mereka berkerja dengan tekun dan peramah. sekian sahaja komen aku untuk JJCM di Fizow Kithen Bachok Kelantan.


Sebarang komen bolehlah kemukakan dibawah ruangan ini ya.. kalau korang tersampai dibachok bolehlah cuba makan disini.