Assalammualikum dan salam sejahtera.

Kembali semula hari ke 2 dalam ruangan JJCM di Bachok Kelantan. Kali ini aku nak kongsikan lokasi dimana aku terjah satay paling sedap di Kelantan. 

Korang yang dah biasa ke kelantan atau penghuni tetap kelantan pastinya tahu lokasi gambar yang aku tangkap diatas tu.lokasi ini tidaklah susah untuk dicari bagi pengemar satay. cuma jika korang tersampai di daerah bachok sememangnya korang kena cuba makan satay disini. memang sedap aku cakap. lokasi yang aku nak bagitahu ni berhadapan dengan KFC Pantai Irama,

korang boleh buat carian dengan menaip KFC Pantai Irama dah pastinya korang akan jumpa terus. serius aku cakap satay dia memang padu. asal ceritanya macamni, aku tak tergerak pun nak makan satay dan tak teringin pun nak pekena satay sebenarnya.


tapi setelah puas aku meronda di pasar malam berdekatan dekat Pantai Irama tu. aku nak le cari kudapan untuk jalan jalan sambil makan. atas sebab tidak ada yang kena dengan selera aku, aku terpandang ada satu medan disitu. kebetulan pula kereta aku pun park disitu. jadi aku jadikan port makan malam aku disana.

selepas aku menyeberang jalan untuk ke medan tu. aku terpandang satu sideboard yang tertulis satay bachok. mungkin disini jual satay je kot. aku pun kira jadilah satay pun satay la. tapi terlalu banyak pula kedai disitu kebanyakkan menjual satay. tapi tak tahu pulak yang mana sedap yang mana tak sedap. pilihan aku bergantung kepada pengunjung yang ramai dikedai makan tu. 

Jadi pilihan aku adalah Mama Satay kedai kedua dari arah kiri jalan masuk. disitu aku nampak agak ramai dan meja kosong pun masih banyak. apa lagi terus tgk menu le. rupanya ada pelbagai satay yang terdapat disini


salah satunya satay rusa, satay ayam, satay kambing, satay lembu, apa tah nama satay aku pun tak ingat. pilihan aku satay kambing, satay lembu dan satay ayam jelah.


masa yang diambil untuk menghantar hidangan pun tidaklah terlalu lama. benda yang simple macam air tu mesti akan sampai dulu. dan ke dua adalah kuah dan nasi impit berserta timun. dalam 15min camtu satay yang aku pesan telah pun siap dihantar satu persatu




maaflah yer cahaya kamera tidak jelas dan terang kerana tempat ni hanya disinari dengan cahaya bulan je. hehe




aku perhatikan disetiap gerai makanan ada juga jual nasi ayam camtu. dan suasana pula damai dan tenang je. cukup sesuai untuk menjamu selera dengan tenang sekali.



akhirnya semua satay yang aku pesan telahpun sampai. yang 3 batang tu satay kambing. cuma nak rasa2 je. aku try rasa sebatang daging lembu tanpa cicah dengan kuah satay. perghhh.. perapan dia cukup padu beb. semuanya dapat rasa masin, manis, rasa dia cukup lengkap sekali. dan aku teruskan dengan mencicah dengan kuah kacang dia plak. aduihh perghhh sedap beb.. rasa macam tak sia sia pekena satay kat warung Mama Satay ni.



harga yang dikenakan juga berbaloi rasanya harga dia tak jauh beza dengan harga2 satay di tempat kita. cuma yang spoil sikit cuma kulit dia jelah. setiap kali ambil secucuk pastinya akan sangkut dengan kulit yang susah nak kunyah. jawapannya rezeki tu berbalik kepada kucing yang ada kat situlah.


kita berkongsi rezeki dengan haiwan kesukaan nabi. iaitu kucing. bila kucing tu pulak bagi kasi sayang dan manja2 terpaksalah beri yang sempoi2 kat dia. keseluruhan kesedapan aku boleh kira dalam sekitar 4.5 bintang kesedapan dia. dan air pun merecik teh tarik dia. terasa pekat pada teh dan kena sukatan dengan susu. memang pandai buatlah pak cik tu.

jadi aku habiskan komen aku di medan selera satay bachok ini. sekiranya korang ada sebarang komen yang nak dikongsikan bersama. aku ada buka ruang komen dibawah tu. korang bolehlah menulis apa yang korang rasa. tapi komen yang baik2 tau nanti aku sentap. terus tak jadi nak menulis lagi. hahaha gurau je.


apapun korang bolehlah mencuba di satay bachok ni berlokasi berhadapan KFC pantai irama. berjumpa lagi.