Assalammualikum dan salam sejahtera semua pembaca,
hari ini aku terluang untuk ke satu tempat dimana tempat yang aku nak sampaikan pada korang ni adalah Pasar Nelayan Pulau Gajah Kelantan.

Pada mulanya tiada perancangan pun untuk kesana, kerana nak habiskan masa buatlah rondaan selagi ada di negeri Kelantan ni. ye tak? kalau korang pun sampai dimana2 pun tak kan nak lepak kat hotel jekan.. rugilah.. bukannya selalu nak sampai ditempat org pun.

Aku nak bercerita sedikit sepanjang aku sampai dipasar ni. dan macamana aku boleh terlajak kesini. dalam perjalanan pulang ke timur ke utara aku mengoogle lagi tempat dimana boleh dapat ikan segar yang murah bakal dibawa pulang ke kedah nanti. walaupun aku tahu dikedah pun aku masih mampu beli ikan seperti dipasar.

tapi kerana ingin tahu juga budaya disini dan jualan ikan dipasar secara langsung aku teruskan juga untuk ke pasar nelayan ni.



tempat ini korang boleh cari didalam google maps dengan mencari "pasar nelayan pulau gajah" dan waktu operasinya dari pukul 12.30pm hingga ke 5.30pm. ini adalah waktu yang operasi disini tapi jika didalam internet waktu buka adalah pada waktu 2.00pm.

aku menjangka akan sampai disini dalam pukul 1.30pm kerana takut terlewat untuk melihat secara live semasa disini nanti. akhirnya aku sampai seperti yang dijangkakan. 

sepanjang perjalanan aku semasa menuju ke sana aku terlihat kawasan berdekatan dengan kawasan itu adalah airport pengkalan chepa. dan akan memasuki kawasan kampung sehingga ke pasar tu. jalan tidaklah besar sangat macam mini tar cam gitu la..

setelah aku sampai ke pasar berikut terkejut biawak juga le kenapa tempat ini sunyi sangat? sempatlah aku ambik gambar pemandangan dan video semasa disana. cuma ambil untuk bekalan kenangan je pun.


yang tidak miss aku akan menangkap gambar kenangan anak anak aku kat sana untuk tatapan aku sendiri cuma nak kongsikan kat korang ini adalah anak2 aku.

sementara aku disana hanya ada seorang pakcik sedang melepak disana dan sempat juga aku menegur dia. dan kebetulan dia pun sedang menunggu dari hasil laut dari nelayan di pulau gajah itu.


cukup lama jugalah aku disana lebih kurang 1jam 30min masih tiada menunjukkan tanda2 org meniaga ikan disitu. dan aku set kan masa lagi 30min camtu. sebab aku perlu bergerak pulang sebelum hari gelap. 

pemandangan disini juga agak tenang dengan menemankan angin laut yang simpul simpul bahasa yang cuba untuk melalikan mata aku disitu. tiba2 datang sebuah van yang aku menjangka itu adalah peniaga ikan disitu dan rupanya jangkaan aku memang tepat.

dan niat aku pun mulalah pasang mesti banyak ikan didalam van itu. aku dah mula rasa ingin tahu apa yang ada dibawanya.


rupanya hasil laut tidak berpihak kepada aku walaupun datang dari jauh. cuma yang ada adalah ikan tongkol dan ikan merah dan satu tong besar yang berisi sotong yang bersaiz besar dan bersaiz sedang sedang (medium).

aku pun buatlah serupa wartawan dan bertanya beberapa soalan kepada pakcik peniaga tu. jawapannya amat aku kecewa sikit. kerana jawapan dia hari ini tak ramai turun ke laut kerana angin kuat katanya. nampak dah nasib tidak menyebelahi aku untuk melihat hasil laut yang betul2 segar disini. 

bagaimanapun aku akan bawa juga hasil laut disini untuk dibawa pulang. harga sotong pada hari itu jika sotong besar sekilo dalam rm30 dan sotong yang kecil2 dalam rm24 gitu. khabarnya hasil laut yang dijual disini adalah derect dengan nelayan sendiri. tanpa ada pihak ke dua atau pihak ke tiga. pastinya harga akan jatuh lebih murah berbanding jika dah beberapa tangan.

aku melihat lagi ikan merah yang ada telah pun kembung2 sikit perutnya dan dah tak segar sgt. tambah matanya juga menyala bila melihat aku. takutnya aku ketika itu.. haha tak adalah aku anggap bukan rezeki aku. jadi aku pun memilih sotong yang bersaiz besar dalam 2 kilo gitu. harga 2kilo rm60.

bagi aku ini adalah pengalaman baru aku disini dan aku tak kisah sgt pun jika tidak dapat apa yang aku nak. yang pentingnya aku dapat juga sampai disuatu tempat yang tak dijangka aku boleh sampai.

pelihatan aku disana, keadaan pasar agak bersih dan terjaga. itu yang aku mahukan. dan juga terdapat pemandangan yang cantik dan angin yang kekadang kuat. itu yang bestnya. oklah geng sampai disini sahaja cerita aku di pasar nelayan pulau gajah.

kalau korang ada pasang niat nak datang bukan untuk membeli pun ok je dan untuk datang singgah dan lihat permandangan kuala disini pun ok je. sebarang komen dan pengalaman korang bolehlah dikongsikan diruang komen dibawah. semoga perkongsian cerita dari aku ni memberi manfaat. terima kasih berjumpa lagi.