Assalammualikum semua, 
bertemu kembali di blog yang suram suram kuku ni, (macam sedih je bunyi) Ya.. amat sedih hehe gurau je.

terlintas pulak nak share satu software edit video yang mantap dan lagi mudah untuk digunakan kepada kaki edit yang baru nak bermula.

kalau diberikan aku untuk menilai software ni. aku nampak mudah je. yelah aku ni pun bukannya reti edit video sgt pun. tapi aku cuba cari software yg mudah bagi aku dan mudahlah bagi korang nak mencubanya.

tambah membuangkan masa aku dengan korang. aku memperkenalkan satu software ini diberi nama FILMORA 9.
secara mudahnya percuma je pun. yang percuma itu penting. jika dah terer nanti bolehlah cuba yang berbayar pulakan.

caranya untuk mendapatkan software ni korang bolehlah ikut tutorial cara mendownloadnya dan juga cara nak install. walaupun mudah aku tetap nak kongsikan juga.

langkah pertama korang boleh terus ke website dia disini
atau korang jenis malas nak copy link tu korang klik je kat bawah ni


bila korang dah ke website tu dia akan ada tulis "free download"
korang klik ke butang tu seperti gambar diatas ni.

Dan dalam beberapa saat je file itu tersedia di muat turun. sebab size file yang korang download tu agak kecil saiznya. hanya 0.97mb je pun


dah siapkan download? tak perlu tunggu lama lama nanti tua pulak. masa pun sentiasa berjalan. tekan je butang "install" tu

mungkin ia akan mengambil masa sedikit untuk complete sepenuhnya. ini korang kena tunggulah sikit.

apabila semuanya telah siap nampakkan butang "Start Now" tu yang berwarna biru muda. tekan je butang tu untuk proses pemasangan.




pemasangan ini juga mengambil masa tidaklah terlalu lama sgt pun, bergantung kepada komputer korang.


akhirnya semuanya sudahpun selesai. cara penggunaannya juga mudah. macam guna apps di smartphone kita, cuma ini lebih detail dan mudah untuk dikendalikan.

fungsi yang akan korang kerap gunakan di filmora 9 ni adalah seperti menu diatas belah kiri, korang akan ternampak 7 button disitu
  1. MEDIA
  2. AUDIO
  3. TITLES
  4. TRANSITION
  5. EFFECTS
  6. ELEMENTS
  7. SPLIT SCREEN
Aku harap korang try trylah godek2 dulu bagaimana penggunanya. atau korang perlukan bantuan bagaimana untuk tahu fungsi ia lebih mendalam, korang boleh tengok video dibawah ni harap ia memberi penjelasan bagaimana nak gunakan kesemua fungsi fungsinya.

sekiranya korang ada komen atau sebarang pandangan bolehlah komen dibawah ini. sharing is caring bye bye...


sumber video ini dipetik dari BANG TUTORIAL