Assalammualikum.
Bertemu semula diblog suam suam kuku ni, bagi yang pertama kali baru terbaca blog aku sudikanlah untuk tekan butang follow untuk mendapat cerita dan tips yang akan aku kongsikan.
kali ini aku nak kongsikan cerita dan sedikit tips mudah bagi membayar saman tanpa pergi ke kaunter untuk membayarnya.
Ceritanya bermula bila aku ditahan dari sekatan jalan semasa nak pulang ke rumah mak aku. entah kenapa tiba2 jalan yang jarang sekali sesak tertiba menjadi sesak. sangkaan aku mungkin ada kerja pembaikpulih jalan dijalanankan atau mungkin sekatan polis.
aku merasakan tiada kesalahan pun pada aku masa itu. jadi aku tempuh jelah. lagi pun aku naik moto selit2 boleh sampai juga. tup tup memang ada sekatan jalanraya pulak. penuh dengan anggota traffik dan jpj memenuhi sebelah jalan arah aku.
aku ditahan dan diminta untuk keluarkan lesen memandu. selamba jelah aku bagi sebab aku tahu memang sah aku tiada kesalahan. tiba2 dia minta cukai jalan pula. aku pun selamba tunjuk road tax yang terselit pada kunci motor tu. perghhh mati sudah 2bulan. jahanam aku. aku cuba juga untuk berbicara dengan seorang anggota traffik tu. layanan yg dibagi aku puji sebab setiap percakapan dia tak menyinggung perasaan aku. dia cakap akan keluarkan satu saman pada aku dan aku akur dengan jawapannya. ialah kesilapan tu datangnya dari aku dan dia pula hanya jalankan tugaskan.
Abik ko.. saman satu dari traffik. jadi bermula cerita aku untuk membayarnya. korang bukan tak tahu harian kita terlalu sibuk dengan rutin kerja. jadi masa untuk nak bayar tu jadi masalah bagi aku untuk bagaimana nak settlekan saman ni.
jadi disini aku nak kongsikan bagaimana kalau korang memang tak nak bayar di kuanter melainkan korang ada kenalan yang kerja di balai traffik.
jalan mudah yang aku gunakan dengan membayar saman melalui online je. korang boleh gunakan 2 jalan untuk membayarnya dengan menggunakan website rasmi iaitu Myeg atau Rilex
aku biasa menggunakan myeg jadi aku pilih myeg lah ye.
jika korang pengguna pertama boleh terus mendaftar je. dan bila dah ada username dan password korang try login je kat sini
ini adalah dashboard utama yang terdapat di myeg
dan korang boleh terus tekan logo "Polis Diraja Malaysia"
kat sini dia hanya minta masukkan no ic korang yang kena saman tu dan korang lengkapkan text yang seperti yang tentera kat situ dan tekan butang "Check Summons"
akan tentera pula berapakah saman yang korang ada. macam aku ni tak pernah kena saman memang tahu satu je. kalau keluar 3 memang marah la.. dah tu saman RM300 aku cuba cari butang diskaun 50% rupanya tempoh yang dibagi cuma sampai 1/Feb/2020 je. jadi aku frust le sikit. nak tak nak kena bayar juga, dah buat salah kena tanggung le.
jumlah saman adalah RM300 jika termasuk caj perkhidmatan RM2.12 jadilah RM302.12 yang perlu keluarkan dari poket.
rabak jugalah kalau RM300, boleh buat modal ride ke cameroon highland lagi best. haha
pastu korang tekan je butang "proceed to payment"
Ikut korang untuk menggunakan bayaran melalui bank mana. macam aku pilih maybank2u tick pada bank tersebut dan tekan butang "Procees"
dan korang akan dibawa terus ke bank yang korang pilih tadi, dan korang masukkanlah username dan password korang kat situ.
paparan akan menunjukkan sebegini dan korang bolehlah request TAC no ke handphone korang dan masukkan 6digit no dan tekan "Confirm"
Pembayaran telah pun berjaya melalui Myeg.
Pembayaran pun telah berjaya.jadi kopaklah duit aku RM302.12 dari bank untuk membayar saman traffik tu.
lain kali kenalah beringat kesalahan adalah kesalahan dan jangan tegakkan benang yang basah itu je pesanan dari aku. terakhir kata kata dari aku. jika korang berminat dengan cerita dan perkongsian aku yang tak seberapa ni. bolehlah share atau tekan butang follow. semoga aku lebih bersemangat untuk meneruskan menjadi seorang blogger yang berjaya.
sebarang komen dan pandangan bolehlah tulis dibahagian bawah tu ye.
0 Comments