Assalammualikum.
Kembali semula kita di blog Titik Jelajah. kali ini aku nak tunjukkan korang kenapa kipas siling berpusing terlalu perlahan.
Selalunya mungkin kita rasakan jika kipas pusing perlahan penyebabnya adalah habuk yang melekat pada bilah sayap kipaskan.
YA.. itu adalah 1 punca sebabnya juga. tapi apabila kita telah mencuci bilah tersebut dan kita terperasan kipas itu berpusing juga dengan perlahan. baru kita sedar bahawa kipas kita telahpun mengalami kerosakkan. tahukah korang kita boleh membaiki kipas tersebut tanpa memanggil tukang untuk memperbaikinya?
jika disebut dengan kos mungkin bagi yang berduit mungkin tidak akan merasa kos pembaikian itu. tapi jika bagi org org yang macam aku ni mungkin akan mengira bab bab camtu. tambah jika kos yang diambil berpuluhan ringgit atau boleh mencecah ratusan. dan ada juga yang suka membaiki sendiri dengan bantuan carian dari google atau youtube untuk cara membaiki kipas siling, itu bagi yang suka mencari ilmu.
topik kali ini aku nak kongsikan kat korang cara aku membaiki kipas dengan hanya mengunakkan kos serendah RM6 sahaja.
gambar diatas ini adalah perkakas yang akan digunakan untuk membaiki kipas tersebut. kos yang aku sebutkan tadi adalah kos untuk membeli condenser kipas yang ada jual di kedai elektrik.
perkakas yang akan digunakan adalah
- Condenser kipas (RM6)
- Connector
- Gunting/Pisau/Wire Cutter
- Test Pen
- Tangga 8 kaki
itu je pun peralatan yang korang akan gunakan semasa nak baiki kipas siling tu. kos yang rm6 tu hanyalah beli condenser tu je. selebihnya adalah titik peluh korang.
jika aku terangkan dalam blog mungkin korang kurang jelas. tapi takpa aku ada sediakan video untuk korang tonton. lebih clear dan cepat sikit korang paham.
Selamat Menonton
dan kalau boleh tu jangan lupa untuk follow blog aku dengan menekan butang "follow" di kanan korang tu dan jangan lupa sekali subcribe channel kecil aku ya. terima kasih sahabat semua
0 Comments