Sumber gambar Umobile Facebook |
Assalammualikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Cerita ini bukan rekaan dan saja nak memburukkan telco terkenal Umobile. mesti tak asingkan jika korang memang tak kenal telco tersebut.
Saja je bagi bunyi tu macam gempak padahal tak ada apa pun. cuma nak kongsikan je pun. selalunya cerita dari aku ni nak bercerita bagi semua org tahu. sebab tu korang kena follow blog aku nih siap2. rugi le kalau korang tak tahu.
aku ni juga pelanggan plan postpaid GX50 Umobile yang unlimited tu. org cakap internet dia laju. aku rasa biasa2 je 5mbps je pun. tapi kalau korang stream video online atau di youtube so far tak sangkut pun. memang boleh guna pun plan ni. dan dari segi call pun ok je. semua boleh call dari telco mana korang nak semuanya tiada caj.
tambah aku ni pula seorang pengguna internet dimerata tempat jadi akan jadi masalah laa bagi aku. bila nak buka internet jadi slow la. kalau korang pun mesti selalu juga kena situasi macam aku nikan.
yang menjadi pelik lagi apabila internet dikawasan perumahan aku juga turut slow. kalau slow kadang2 itu ok. melainkan kalau sabtu ahad tu memang ramai pengguna jadi akan bertambah slow la lagi.
ini dah terus jadi kebiasaan. secara positif aku pikir mungkin terlalu ramai org yg guna plan ni kot. jadinya perlahan la jadinya. sebab kerja aku banyak menggunakan internet dalam rutin kerja aku jadi internet adalah peranan penting bagi aku.
setelah sekian lama juga aku gunakan telco umobile ni. aku terpaksa membuat kata putus untuk terminatekan saja telco ni. mungkin dia tak mampu membuat apa yang customer mahukan. itu aku tak nak kata yang bukan2 la. banyak kemungkinan sebenarnya, tapi keputusan aku tetap sama untuk berhentikan melanggan dengan telco ini. sebabnya aku pun dah ada telco baru. tak jauh beza dengan Umobile punya plan. tapi lebih aurmmmm dan speed dia pula boleh mencecah puluhan mbps.
kalau korang memang org kulim untuk terminate kan langganan korang bagi yang bercuti pada sabtu ahad korang boleh je terus ke Giant Superstore Kulim iaitu di landmark tingkat 1. kerana waktu dia beroperasi seperti ini.
Alamat dia : 1-1A-1 No, Shopping Centre Lot, 1, Jalan Klc 1, Kulim Landmark Central, 09000 Kulim, Kedah
Waktu Operasi : Isnin - Ahad 10am - 10pm
Contact No : 04-491 6102
Cara terminate dia pun mudah je. korang wajib kena datang dimana center terpilih oleh Umobile dan bagi ic dia akan buatkan permohonan korang tu. ingat tau kena walk in je. call tak boleh ye.
lebih kurang dalam 1 jam 30min macam tu terus sms masuk dan line aku terus kena block. cuma bayaran akhir korang kena bayar le, jgn dok ingat tak yah bayar plak. eh RM50 yang mula2 deposit tu camna plak? ceritanya RM50 tu akan haw camtu mungkin tak perlu bayar bil akhir atau korang akan kena bayar tunggu jelah bil korang tu ye. nak lebih lanjut boleh le korang call Umobile Service tanya kat situ.
aku pun tunggu juga bil akhir aku 15hb ni. kena berapa entah.. haha
pesanan aku pada korang. boleh je pakai umobile ni ikut pada kawasan korang yang kerap korang guna. jika sentiasa laju korang teruskan je. jika korang terlibat banyak kerja diluar aku tak sarankan la. kerana umobile tidak sesuai dan liputan dia tak setanding telco yang aurrmmmm aku sebut tadi.. haha
sebarang komen dan pandangan korang boleh le komen dibawah tu.
1 Comments
umobile memang slow sgt. eloklah tukar byk lagi telco yg lebih baik
ReplyDelete