Assalammualikum Dan Salam Sejahtera Kepada Pembaca.

Sambungan Part 2

Perancangan untuk menuju ke destinasi memerlukan arah dan masa yang tepat. Untuk memudahkan aku merancang sesuatu bila sampai disana nanti. bagi langkah keselamatan pula aku menggunakan google maps sebagai pembantu pandu arah aku untuk ke destinasi

perjalanan mengambil masa lebih kurang 5jam 3min dari rumah aku ke Pulau Perhentian Terengganu. bagi aku kira jauh la.kau rasa dekat ke jauh?

Google Maps menunjukkan masa yang diambil 5jam 3min untuk sampai ke destinasi

Persediaan awal yang aku ambil.
1. Minyak diisi sehingga penuh tank. sehari awal
2. Makanan sampingan untuk bertahan selama 3hari 2malam
seperti roti, sardin, keropok, travel rice (brahim), megi cup dan peralatan memasak (travel punya)
3. Changer kereta/handphone dan extension wayar
4. walkie talkie (mudah nak berhubung dengan kereta sebijik lagi)




Biasalah bila dah terlalu teruja nak bercuti, aku akan bangun lebih awal dari alarm. korang pun mesti macam ni jugalah. pergerakkan aku bermula dari sini untuk ke Kelantan seawal 4.56am dan hentian pertama adalah dihentian R&R Jalan baling - gerik
 setelah hampir 1jam 15min bergerak dengan sejauh 74kilometer

jalan berkabus teruk

Suasana tidak berubah jauhlah R&R ni dengan tempat lain, cuma kawasannya agak sunyi sikit mungkin terlalu awal atau memang macam tu. biasalah kali pertama aku nak ke kelantan/terengganu ni.

banjaran titiwangsa

dan hentian ke 2 adalah di Banjaran Titiwangsa kami sampai seawal 7.47am dengan jarak sejauh dari hentian pertama ke hentian ke dua dalam 92kilometer. Menariknya disini suasana dia memang segar ditambah pula dengan cuaca yang amat sejuk suhu disitu dianggarkan dalam 24darjah celsius. memang sejuk weh

pantai irama

kami meneruskan perjalanan hingga ke bachok kelantan untuk bermalam disana disamping itu bolehlah tengok budaya disini.
total perjalanan kami dari kedah hingga ke kelantan 312kilometer. 

tapi terasa letih jugalah sebab tumpuan tu kena lebih kerana jalan tak le lurus macam nak ke kl.

Setelah bermalam di Bachok keesokkan kami akan teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju iaitu tak lain tak bukan Pulau Perhentian.



dari Bachok Kelantan nak ke Kuala Besut jaraknya tidaklah terlalu jauh cuma 34min je. dalam 31km camtu. tapi sebelum masuk kesana eloklah korang menjamu selera siap2 didarat sebelum masuk ke pulau. bukan apa kalau aku jika perut dah kenyang kira sampai reti nak rehat je.


ni kira aku dah sampai kuala besut. cuma nak pi cari agent dan cari parking.




tapi sebelum tu korang kena ingat tau. kalau korang nak derect ke pulau perhentian korang boleh dapatkan bot disitu je. tapi tak kan tak nak bersiar2 kat sana kot? aku cuba dapatkan agent trip disana kalau tak silap aku SARA TRAVEL camtulah  agent yang aku abik. dia akan bawa korang ronda ke 5 tempat yang paling popular

1. Nemo Point (tempat ikan nemo)
2. Shark Point (tempat tengok jerung)
3. Turtle (kalau korang bernasib baik adalah)
4. air berani (pulau yang mempunyai sumber air bukit)
5. Snorkeling (peralatan disediakan)


 disana nanti. harga pakej yang diambil termasuk pi dan balik, termasuk snokeling, termasuk ke 5 tempat dalam rm100 seorang. 

1. kos pi balik dalam RM35 (satu hala)
2. dan trip dalam rm30
3. Car Park Rm10 (1hari)








aku sampai lupa nak abik gambar agensi tu dengan tiketnya sekali.
tapi kat situ agent banyak korang boleh je cari2. semuanya di pengkalan kuala besut tu. harga parking kereta yang dikenakan rm10 untuk 1 malam. aku tak pasti mungkin ada yang lebih murah berbanding dari harga aku ni. maksud aku pakej trip bergantung pada agent tu.


Sampainya aku di Pulau Perhentian. Air dia memang jernih gila dah macam kristal je. perasaan tak sabar dah timbul ni.

tapi korang jangan silap di pulau perhentian dia terbahagi kepada 2 pulau. 

1. pulau besar
2. pulau kecil (terdapat kemudahan yang banyak spt balai polis, balai bomba, masjid dan juga ada penduduk disitu)





lihatlah muka pun dah ada senyum.





mereka akan tinggalkan kita disini. ini tempat transit nak ke penginapan kita


sementara menunggu bot dari penginapan kita ambil. kita tangkap gambar dulu sat







ini dia The Barat Perhentian Terengganu. suasana yang tenang rugi kalau korang tak mai sini.



Ketika aku sampai untuk check in memang tidak ramai pengunjung waktu ni. kebetulan masa tu baru ada serangan obor obor biru tu. katanyalah. 

memang aman, hanya bunyi bot dan angin je



disini tiada masalah dari telco contoh yang aku gunakan Celcom, Maxis dan Umobile semuanya 4G LTE laju toksah dikenang
jadi korang tak perlu risaulah tiada signal disini. melainkan korang dok tgh2 laut memang ada sedikit masalah.



habiskan seharian disini sambil menikmati kecantikan alam ciptaan tuhan

Hari ke 2



































pendapat akulah. bagi korang yang betoi2 teringin nak kesini dengan kos yang betoi2 berbaloi. aku syorkan korang ke pulau kecil. kerana ia mempunyai pelbagai kemudahan yang terdapat sini

dari segi penginapan memang terdiri dari nilai yang memang mampu milik. tapi jika korang memang berniat untuk datang ke pulau besar dan ingin bermalam disini boleh je. aku pun merancang dahulu mengikut kos. sebelum datang disini.