Unifi Mobile 139 SE dengan nilai RM59 sebulan adakah berbaloi atau tidak?

Sering orang ramai yang bertanya kelebihan unifi mobile kepada aku  adakah berbaloi atau tidak dan juga ramai juga yang tidak jelas dengan plan tersebut termasuk juga dengan caj yang akan dikenakan.

ok jom kita terjah sebentar dengan plan yang sedang hangat diperkatakan ni. aku juga salah seorang pelanggan unifi mobile juga jadi adalah sedikit sebanyak yang aku tahu jadi aku nak kongsikan kepada org ramai kelebihan dan keburukkan yang ada pada plan tersebut.

biasalah dimana telco yang kita gunakan mesti ada yang baik dan mesti ada yang kurang memuaskan hati pelanggan. begitu juga dengan aku tidak puas dengan apa yang ada. jika dipilih mesti kita nak plan tersebut memenuhi citarasa kita.


berbalik kepada cerita unifi mobile ni. sebelum ini aku adalah pengguna Umobile atas faktor tertentu aku terpaksa memutuskan hubungan aku dengan umobile. nak tahu kenapa? ialah setelah setahun lebih aku menggunakan line umobile sering sangat kelajuan drop. sehingga aku rasa dah macam tak berbaloi untuk bayar jadi aku cuba memperhatikan telco apakah yang bersesuai dengan aku. seperti aku faktor utama adalah coverage yang aku perlihatkan dahulu. contohnya dirumah dan ditempat kerja. adakah line tersebut cukup elok dan sesuai.

selepas beberapa hari menilai dari segi kos dan coverage aku cuba berpihak kepada unifi mobile. Pada 01/03/2020 adalah penentu segalanya untuk aku mengubah dari umobile ke unifi mobile.


INI ADALAH PERENGGAN YANG PENTING UNTUK SEMUA

sekiranya anda ingin menukar kepada plan tersebut. anda mempunya 2 pilihan untuk mendapatkan sim card tersebut dengan datang kemana2 cawangan tmnet atau terus berhubung melalui website unifi mobile

tapi aku lebih berminat untuk datang sendiri dan aku boleh bertanya beberapa soalan di kuanter nanti. 

1. syarat yang penting adalah anda perlu membawa kad bekerja sekiranya anda tidak mahu memegang kontrak selama 12bulan. (jika tiada kad bekerja pastinya akan pegang kontrak 12bulan)

2. jika korang nak kekalkan kepada no yang sama itu tiada sebarang masalah lebih eloklah. (kalau nak ubah no atau no baru akan dikenakan tak silap aku rm100 ke rm200) terlupa dah aku

3. masa yang diambil untuk aktifkan kad tersebut selewatnya 24jam, bergantung kepada kecepatan service tu buat kerja. (macam aku 10jam kad tu baru aktif kira cepat ke tidak aku tak abik kisah sgt tapi jika 24jam mungkin meletop jugalah)

4. dari segi bayaran deposit memang tidak dikenakan rm0 deposit.

5. pastikan anda tidak mempunyai sebarang senarai hitam

jadi itulah syarat semasa aku nak mendaftar dengan unifi mobile. tapi ada beberapa soalan aku yang tidak terjawab semasa aku bertanya disana. contohnya soalan yang kerap org tanya. iaitu berapakah kelajuan yang paling max boleh pergi. jawapannya itu tak pasti bergantung kepada coverage tempat anda. aku bertanya semula jika aku duduk dalam liputan 4G/LTE berapakah speed yang aku boleh dapat? jawapannya tak pasti. org macam ni perlukah duduk dikuanter servis? tidak tahu produk yang ingin ditawarkan. mohon pecat pekerja macam ni haha gurau je.

tapi aku yakin liputannya mampu memberikan kelajuan yang terbaik dan bergantung kepada kekuatan signal handphone anda.

sekarang genaplah sebulan lebih aku menggunakan khidmat dari telco unifi ni. Caj pertama yang akan dikenakan 


Bil yang pertama akan dikenakan untuk 2 bulan yang pertama dan bil yang ke 2 akan kekal dengan harga promosi. disitu anda jangan pula terkejut bila bil anda tertiba melonjak sehingga rm125.10

jumlah yang aku tunjukkan tu adalah harga termasuk cukai 6% sebagai kiraan


ok jelas tak setakat ini? cara pengiraan dan termasuk kiraan caj? jelas bukan? jadi tak usah terkejut jika bil pertama anda mencecah sebegitu rupa.

bagaimana pula dengan hospot? ini kelebihan dan kekurangan yang ada pada unifi mobile? 

KELEBIHAN

jelas sekali kelajuan 10GB yang ditawarkan berbaloi dengan apa yang dibayar. ditambah pula tidak akan mengalami masalah line slow.

KEKURANGAN

1. Semasa penggunaan pertama anda perlu memberitahu pihak telco untuk mengaktifkan hospot anda (mereka akan menghantar satu setting)

2. Anda akan menerima satu sms yang berbunyi from unifi - RM0.00 unifi: Oops you have not add-on any hotspot passes yet. Get it now on mobile.unifi.com.my
(ini kerana anda tidak menduduki diliputan 4G)


hotspot aku dah gunakan sedikit sebelum ni 10GB

jelas bukan? setakat ini sahaja yang aku nak kongsikan pengalaman aku bersama unifi mobile. sentiasa ada kelebihan dan sentiasa ada kekurangan. jadi anda juga boleh menilai adakah ia perlu untuk digunakan atau tidak, ianya bergantung kepada hak individu itu sendiri untuk menilai.

bagi aku berbaloilah sebab apa jika dikira pakej yang ditawaran sebelum ini dengan harga rm99 kini rm59 dan semuanya adalah unlimited kecuali hotspot tu je itu pun dah cukup bagus.

sekiranya anda mempunya sebarang komen atau pendapat mengenai topik unifi mobile ini anda boleh je tulis diruangan komen.

jika anda berminat untuk dapatkan plan berikut boleh terus mendaftar disini