RESEPI TAUHU SUMBAT UDANG


Tauhu Sumbat Udang 

Bahan-Bahan
3 biji tauhu putih (digoreng seketika)
16 ekor isi udang (dibuang kulit terlebih dahulu )
1 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang
Sedikit lada putih
Garam dan gula
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji telur (dipukul sehingga rata)


Cara-Cara Penyediaan
1. Belah tauhu dua bahagian menjadi 3 segi.
2. Buang sedikit isi tauhu dibahagian tengah untuk memudahkan isi udang dimasukan ke dalam tauhu.
3. Tumbuk isi udang, bawang putih dan lada putih.
4. Kemudian isi udang yang dah ditumbuk lumat tadi digaulkan dengan garam dan sedikit gula. Masukan 1 sudu tepung jagung, gaul sehingga rata dan sebatikan adunan tadi dengan daun bawang.
5. Sumbat isi udang ke dalam tauhu, kemudian celup di dalam telur yang telah dipukul rata tadi dan goreng di atas api yang sederhana.
6. Masak sehingga kekuning- kuningan.
7. Siap! Boleh dimakan bersama nasi ataupun dicicah dengan sos cili.

*Isi udang tadi boleh dicampur dengan pelbagai sayur-sayuran, contohnya hirisan cili api, lobak merah, daun sup dan sebagainya mengikut cita rasa anda.

Kredit kepada Resepi & Petua


Post a Comment

0 Comments