Hari ini tergeraknya aku untuk berhenti makan disalah satu kedai makan di Padang Serai, Kedah. kedai yang aku nak diperkatakan dalam blog ini adalah NHcorner. 

Kedai ini terletak di jalan Serai Wangi 10, sebaris dengan J&T Express berhadapan jalan besar. dan korang juga boleh search di maps dengan memasukkan "NHcorner Masakan ala Thai" untuk mendapatkan lokasi yang lebih tepat. cuma papan tanda nama kedai pula tidak terdapat tapi tak usah risau search mesti sampai punya


kedai ini waktu beroperasi dari pukul 4.00pm - 1.00am

isnin hingga ahad



Menu pilihan aku untuk harini cuma nak merasa 

Sup daging untuk 2 org makan

3 nasi putih

3 telur dadar

sayur kailan ikan masin untuk 1 org makan

2 teh O ais

1 teh ais

1 air kosong


Sekitar aku sampai dikedai tomyam ni dalam pukul 8.45pm aku perasan tidak ramai yang datang cuma ada 1 pelanggan yang sedang menunggu makanan untuk dibawa balik. dan ketika hidangan kami telah lengkap terhidang terus kedai itu penuh. magic terus hahaha aku pun tak perasan bila masa org org tu masuk? 

dan komen dari setiap hidangan yang telah aku rasa disini. sup daging dia memang ala thai pedas pedas gitu dan ada masam masam aku boleh berikan 4 bintang dan kailan ikan masin pula agak terasa sgt ikan masin tu dan boleh dikira 3.5 bintang dan dari segi minuman pula aku rasa biasa2 sahaja. jadi nak bagi bintang kebanyakkan kedai rasanya lebih kurang jadi aku tak letak bintang la ye.. hehe

berbalik pula dengan harga. dengan kesemua hidangan tadi masa aku buat pembayaran aku rasa cukup murah juga la. dalam rm25.00 je. jadi ini adalah kedai yang pertama kali aku datang untuk review boleh dikatakan masih ada selera untuk makan disini.

jadi kalau korang terasa nak mencuba untuk merasai masakan di kedai itu bolehlah cuba. aku rasa tak lah teruk sgt lidah aku rasa masakan dia. semua boleh dikatakan sedap. tapi entah la kali ke 2 kalau aku ke sana lagi adakah msih sama rasa itu aku tak pasti cuma aku harap masakan dia kekal macam sebelum ini. 

Itu sahaja review aku untuk kali ini. jika korang ada sebarang komen dan pengalaman makan disitu bolehlah turunkan komen korang diruangan bawah ini. semoga ia memberi manfaat kepada penduduk padang serai disini

sekian terima kasih dan berjumpa lagi