Assalammualikum dan salam sejahtera
kembali kita semula diblog ini dengan perkongsian mengenai bagaimana untuk menggunakan remote desktop connection.
topik yang ingin aku bincangkan adalah cara untuk menyambungkan atau connectkan vps forex pada remote desktop connection korang.
diantara kalian semua tentunya sudah tahu menggunakan remote desktop connection ini. tetapi bagi yang baru tahu dan tidak tahu bagaimana untuk menyambungkan connection itu jom aku nak tunjukkan caranya.
terlebih dahulu ada sedikit penerangan ringkas sebelum aku teruskan tutorial ini. bukan apa takut korang tidak fahami apa fungsinya. sebagai contoh
pernah ke korang dengar org trade forex menggunakan EA ROBOT? maksud ea robot adalah satu file yang telah diprogramkan dan dimasukkan ke dalam platform mt4. secara ringkasnya robot itu akan menghasilkan kerjanya dengan secara auto trading. jadi tidak perlu untuk terlalu fokus pada mt4 itu setiap masa. cukup masa cuma ambil hasil profitnya untuk dikeluarkan secara tunai di bank2 yang terpilih.
jelas tak setakat ini? masih kurang jelas lagi? ok paling senang aku nak terangkan untuk mudah korang paham. contohnya ada sesetengah org yang terlalu sibuk dengan kerja harian mereka sehingga tidak mampu untuk tgk langsung mt4. jadi kebanyakkan pilihan mudah yang diambil adalah dengan jalankan ea robot ini sebagai untuk dapatkan pendapatan sampingan.
kalau kurang jelas juga korang kena googlelah sendiri apa fungsi ea robot tu. aku pun dah tersasar jauh dari topik yang aku nak sampaikan. jadi aku hentiankan cerita pasal ea robot tu ya.
jom kita fokus terus pada tutorial ini.
langkah pertama korang perlulah ada satu server yang lebih dikenali sebagai VPS. tugas vps ini adalah fungsi untuk menyambungkan kepada server yang akan bergerak 24jam. contohnya kalau korang ada komputer adakah korang akan on kan selama 24jam tanpa tutup setiap hari selama sebulan? mungkin tidakkan? jadi inilah gunanya VPS dia seumpama komputer yang tidak akan tutup selama sebulan dan akan running 24jam tanpa henti. jadi ea robot akan berfungsi dengan adanya vps ini.
untuk melanggan VPS FOREX korang bolehlah ke web ini.
setelah korang melanggan korang pastinya akan mendapat
contohnya seperti gambar dibawah ni yang dihantar melalui email
setelah korang cukup peralatan yang seperti aku berikan barulah kita kembali semula di komputer ataupun laptop korang.
apa yang perlu korang buat adalah menekan pada butang search dibawah pada bahagian kiri desktop korang. dan paparannya akan keluar seperti ini
cuma klik pada "open"
Selepas mengisi pada ke dua ruangan itu dan terus tekan butang "Connect" dan masukkan password yang telah diberikan dan teruskan menekan butang ok.
dan tunggu sehingga keluar paparan
hanya tekan butang "Yes" sahaja, tunggu sehingga paparan desktop dari vps itu keluar
paparan pada vps desktop telah pun berjaya. jadi kenapa tunggu lagi. buatlah apa yang korang suka. sekian sahaja tutorial aku untuk kali ini.
sekiranya korang ada sebarang komen atau pendapat mengenai topik ini boleh menulis komen korang pada ruangan komen dibawah. semoga tutorial ini memberi manfaat kepada pengguna baru diluar sana. jika ia memberi kesan positif pada korang. bolehlah share kepada kawan2 korang yang sedang2 tercari bagaimana untuk menggunakan vps forex pada komputer dorang.
0 Comments